MELAYU

Apakah Nasib Melayu di Tanah Air sendiri..
sejak kebelakangan ini kecoh dengan isu Tun M dan Najib. DAP telah mengunakan langkah dengan sebaik mungkin untuk merekrut orang Melayu untuk menjadi ahli DAP.. Akan tetapi,sedar atau tidak.. mereka telah menyusun strategi bagi menguasai Tanah Melayu.

image

Mengapa Melayu mudah lupa..bagi aku, orang Melayu ini tidak menggunakan akal mereka bila bercakap tentang Politik.Dan telah terbukti apa yang berlaku di Pulau Pinang.Apa sudah jadi dengan nasib orang Melayu.Seteruk teruk Parti Gerakan memerintah dahulu lebih teruk lagi mereka dibawah pemerintahan DAP dan hasilnya Dasar Dasar yang diperjuangkan oleh Kerajaan negeri kebanyakkan hanya menguntungkan satu bangsa sahaja.dan Melayu tidak lama lagi akan pupus di Pulau Pinang atau mungkin juga akan pupus mereka yang tinggal disebelah Tanah Besar

image

Dikala Melayu bergaduh sesama sendiri puak puak komunis mengambil kesempatan dengan baik untuk terus memecah belahkan orang melayu..
dan mungkinkah kuasa Raja Raja Melayu akan pupus tidak lama lagi? dan apakah nasib orang melayu jika dipimpin oleh DAP? harus diingat dengan adanya kuasa Raja Raja Melayu ini, ianya melambangkan Melayu masih lagi kekal berkuasa di Tanah Air tercinta ini..

image

image

Dan Pabila mereka berkuasa bahawa ramalan aku Malaysia ini akan menjadi negara Republik dan huru hara akan terjadi di seluruh negara.
Aku berharap orang Melayu berfikirlah sedalam dalamnya.. Ya memang benar apa yang dilakukan Kerajaan sekarang ini tidak digemari rakyat terutamanya orang Melayu..tetapi sedarkah kita apa akan mereka lakukan kepada kita orang melayu ini.. dikala berada di bawah pemerintahan DAP dan sekutunya..

Akhir kata aku harap persengketaan sesama Melayu dapat diselesaikan dan bersatu padu bagi menghapuskan pengaruh DAP yang telah jelas ingin merosakkkan negara yang tercinta ini..

image

Dari Rakyat untuk Rakyat

NAUFAL MUZIR….☺:)

Leave a comment